Majlis penyerahan kunci batal, mangsa tsunami kecewa
Oleh Mohd Sabri Said
TANJUNG BUNGAH, 28 Sept (Hrkh) - Impian mangsa tsunami untuk menduduki rumah baru Pangsapuri Masjid Terapung menjelang Aidil Fitri ini tidak menjadi kenyataan apabila majlis penyerahan kunci simbolik yang dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak petang semalam dibatalkan atas arahan Umno Bahagian Bukit Bendera.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima ianya berpunca daripada pergelutan politik antara Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Dato’ Ahmad Ismail dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Akibat persengketaan dalaman Barisan Nasional (BN) mangsa tsunami pula yang menjadi mangsa sedangkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sudah pun selesai menangani masalah harga rumah sama ada RM42 ribu atau RM52 ribu sebagaimana yang dipinta oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Hasil perbincangan kedua-dua pihak kerajaan menetapkan seunit RM42 ribu dan mangsa tsunami hanya perlu membayar RM14 ribu manakala selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
Ini bermakna setiap penghuni perlu membayar 50.00 sebulan dan wang penyelengaraan sebanyak RM30.00 lagi menjadikan kesemuanya RM80.00 sebulan.
Khemah termasuk kerusi dan meja yang siap di pasang dua hari lepas dipunggah semula tengah hari semalam oleh petugas yang mendapat kontrak memasang khemah berkenaan.
Isu pertelingkahan itu dikatakan telah lama berlarutan semenjak Dato’ Ahmad Ismail tidak lagi dipilih sebagai Senator dan menganggotai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang pernah disandangnya dua penggal berturut-turut kerana pernah diisytihar bangkrap.
Bukan itu sahaja malahan pengagihan projek yang tidak sekata juga menjadi punca kenapa Umno Bahagian begitu marah terhadap Parti Gerakan pimpinan Dr. Koh.
Yang DiPertua PAS Bukit Bendera merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Salleh berkata, begitulah hakikat dalam komponen BN mereka asyik berlumba mencari pengaruh demi politik sempit dengan membelakangkan nasib rakyat yang seharusnya dibela.
“Kejadian itu memperlihatkan sikap BN sebenar. Mereka tidak tulus membantu rakyat sebaliknya sanggup bercakaran sehingga nasib rakyat yang ditimpa masalah diabaikan,” jelasnya.
Oleh itu, rakyat perlu sedar bahawa BN bukanya ‘gah’ tapi sebaliknya parti rapuh maka Barisan Alternatif (BA) yang dijangka merampas beberapa kerusi harus lebih berani bertindak cergas menangani masalah rakyat.
Isu terbaru yang berlaku di Parlimen Bukit Bendera ialah Umno memboikot pemberian sumbangan beras di surau-surau oleh Dr. Koh sebagai hadiah menyambut Syawal. - mns
PEACE Malaysia to send doctors to aid Yogjakarta QuakeKUALA LUMPUR, May 30, 2006: “PEACE Malaysia will be sending its medical team to Yogjakarta as its humanitarian aid to earthquake victims in Indonesia within the next 24 hours. They will be joining our Advance Team which arrived early Sunday morning,” says Dato’ Mukhriz Mahathir, Coordinator of Peace Malaysia in a Media Statement issued today. This medical relief team consists of 6 doctors, 3 senior female nurses and 1 senior medical assistant and will be carrying medication for surgery, anesthetics and other injectables. The medication assembled and the medical team comprising of a Disaster Medicine Specialist, a Surgeon and Pediatrician trained in MEDIVAC (Medical Evacuation) and CASIVAC (Casualty Evacuation), an Orthopedic Surgeon, Emergency Room doctors and a doctor from the Gynecology Department, is sent in response to the specific request made by the Indonesian Disaster Relief Team. They will also be bringing a Monitor with ECG as well as an X-ray Film Processor. Peace Malaysia’s medical relief team is supported by two trauma specialists in Yogjakarta, namely Dr Yuke Yudhawati and Prof Dr Aryono, who is the Chief Trauma Surgeon for the Indonesian Disaster Relief Team and President of the Surgeons Association of Indonesia. They will be setting up base camps at ‘Rumah Sakit Daerah Bantul’ and ‘Rumah Sakit Dr Sardjito’ in Yogjakarta and will be joining the field ambulance seeking out victims for treatment. Today, the Advance Team will be distributing food to Daerah Pleret, a district close to the epicenter of the recent 6.3 magnitude earthquake which has not received any assistance so far. “We believe that it is our responsibility to extend assistance to anyone who needs help. I am sure that Indonesia too will do the same for us in our time of need,” concludes Dato’ Mukhriz Mahathir, who is also a Malaysian UMNO Youth Exco Member and Chairman for the International and NGO Relations Bureau.
Thursday, March 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment